Metro Montreal
Metro Montreal

Metro Montreal

Metro Montreal (Perancis: Métro de Montréal) merupakan satu perkhidmatan kereta api awam, di mana ia berkhidmat di kawasan bandar raya Montreal dan sekitarnya seperti pulau Montreal, Laval dan Longueuil. Kereta api bawah tanah (metro) ini diuruskan dan dikendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Montreal (Société de transport de Montréal, STM).Dibuka pada 14 Oktober 1966 ketika zaman kepimpinan Datuk Bandar Jean Drapeau, perkhidmatan metro ini diilhamkan daripada Metro Paris (Métro de Paris) dan ini dapat dilihat dari reka bentuk stesen dan stok kereta api.[4] Pada asalnya, rangkaian Metro Montreal terdiri daripada 26 buah stesen pada 3 buah aliran dan kini (2016) terdapat 68 buah stesen pada 4 aliran dengan jumlah panjang 71 kilometer (44 bt). Sejak tahun 2007, kereta api ini telah menjangkau sehingga Longueuil di tebing selatan sungai St. Lawrence melalui Laluan Kuning dan di Laval melalui Laluan Jingga.Sistem metro di Montreal ini merupakan yang tersibuk di Kanada dan ketiga tersibuk di benua Amerika Utara dari segi jumlah penumpang harian, selepas Bandaraya New York, Amerika Syarikat dan Bandaraya Mexico. Pada 2014, purata 1.24 juta penumpang telah menggunakan Metro Montreal pada hari bekerja dengan 357 juta perjalanan dibuat pada tahun tersebut.[1][2] Menurut STM, lebih 7 bilion penumpang telah dibawa oleh metro ini pada 2010.

Metro Montreal

Panjang sistem 71 km[3]
Pengelektrikan "Rel ketiga", 750 V DC pada bar panduan di kedua-dua sisi landasan
Kelajuan purata 40 km/h (25 mph)
Jumlah stesen 68
Bil. penumpang tahunan 357 juta (2014)[2]
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai
dengan pad larian untuk roda tayar getah di luar rel keluli
Kelajuan tertinggi 72 km/h (45 mph)
Lokasi Montreal, Laval, Longueuil
 Quebec
 Kanada
Jenis transit Alihan laju
Jumlah kenderaan 759[3]
Jumlah laluan/aliran 4
Peta rangkaian Metro Montreal
Peta rangkaian Metro Montreal

Pengendali Perbadanan Pengangkutan Montreal (STM)
Nama asal Métro de Montréal
Mula beroperasi 14 Oktober 1966
Bil. penumpang harian 1.263 juta pada hari bekerja (Q4 2014)[1][2]

Rujukan

WikiPedia: Metro Montreal http://www.apta.com/resources/statistics/Documents... http://www.apta.com/resources/statistics/Documents... http://www.metrodemontreal.com/index-e.html http://www.virgin-vacations.com/11-top-underground... http://www.stm.info/English/a-somm.htm http://web.archive.org/web/20130403135444/http://s... http://www.frontenac-ameriques.org/histoire-et-mem... https://www.flickr.com/photos/archivesmontreal/set... https://web.archive.org/web/20100113224316/http://... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Montre...